TERIMA KASIH PROF. DR. MOHAMAD ARIS | KOLEJ EMPAT BELAS
» BERITA » TERIMA KASIH PROF. DR. MOHAMAD ARIS

TERIMA KASIH PROF. DR. MOHAMAD ARIS

20 Dis, UPM - Dimaklumkan Tuan Pengetua yang kesebelas Kolej Empat Belas, Prof. Dr. Mohamad Aris bin Mohd Moklas telah dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengetua dan ditukarkan ke Kolej Pendeta Za'ba. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Empat Belas pada 01 April 2024. Beliau menjadi Pengetua Kolej Empat Belas bagi tempoh setahun dan 8 bulan. Banyak kejayaan yang dikecapi sepanjang beliau memegang jawatan Pengetua. 

Sebelum berpindah ke Kolej Empat Belas, beliau merupakan Pengetua Kolej Dua Belas selama 7 tahun. Sesungguhnya banyak jasa dan pengorbanan beliau selama berada di Kolej Serumpun.

 

 

Pihak pengurusan dan seluruh warga Kolej Empat Belas mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas jasa dan khidmat bakti beliau selama meneraju Kolej Empat Belas. Semoga Prof. Aris akan lebih maju jaya di Kolej Pendeta Za'ba.

Tarikh Input: 05/01/2026 | Kemaskini: 05/01/2026 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691448/1449
tiada
W, (09:52:03am-09:57:03am, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]