Serdang, 5 Oktober - Seramai 457 orang pelajar tahun pertama saluran perdana telah mendaftar di Kolej Empat Belas bagi sesi pengajian 2024/2025. 156 orang pelajar lelaki manakala selebihnya 301 orang pelajar perempuan.
Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di blok L5 bagi pelajar wanita dan di blok L2 bagi pelajar lelaki.
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Universiti Putra Malaysia dankhususnya pelajar yang mendaftar di Kolej Empat Belas.
Semoga anda semua akan lebih cemerlang di dalam pembelajaran dan juga kehidupan sepanjang berada di UPM.

Kehadiran pegawai-pegawai utama Universiti Putra Malaysia meninjau proses pendaftaran pelajar baharu dan sesi beramah mesra dengan pelajar-pelajar baharu.






Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 05/11/2024 | zawiyah

Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor