30 Julai, UPM - Malam bersama Pengetua K14, Prof. Dr. Maman Alias Aris : Santuni ASPUTRA21 sesi 2025/2026.
Program ini merupakan perkenalan barisan pengurusan Kolej Empat Belas UPM bersama pelajar Asasi Sains Pertanian 2025 UPM yang telah ditempatkan di Kolej Empat Belas.
Terdapat 70 orang pelajar perempuan ditempatkan di K14 pada kali ini. Meraka telah ditempatkan di blok P4 terlebih dahulu sebelum berpindah ke blok L3.
Antara pengisian program adalah perkenalan kepada staf, felo-felo dan barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Empat Belas sesi 2025/2026.
Selain itu pelajar juga diingatkan mengenai pematuhan kepada peraturan-peraturan kolej yang berkuatkuasa sehingga pada tarikh semasa.
Walaupun terpisah daripada rakan-rakan asasi yang ditempatkan di Kolej Tan Sri Aishah Ghani, namun pelajar K14 tetap disantuni sebaiknya.
Tarikh Input: 15/08/2025 |
Kemaskini: 15/08/2025 | zawiyah
PERKONGSIAN MEDIA