08 Ogos 2024 - Kolej Empat Belas (K14), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan aktiviti kibaran bendera dengan memasang bendera Malaysia sekitar kawasan Kolej Empat Belas dan Kolej Dua Belas sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 67 pada 31 Ogos 2024 ini.
Aktiviti gotong-royong memasang bendera melibatkan semua staf termasuk Pengetua Kolej yang turut sama turun padang menjayakan aktiviti ini disekitar Pejabat dan blok penginapan Kolej Empat Belas bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
Selain menanam semangat CINTAKAN NEGARAKU MALAYSIA, memberikan makna penting kepada semua rakyat Malaysia tentang sejarah Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957.
Dalam erti kata lain kemerdekaan yang sebenar adalah bebasnya pemikiran daripada ideologi penjajah melalui penghayatan dan iltizam dengan fikrah Islam, bukan sekadar membebaskan bentuk fizikal dan negara daripada penjajahan semata-mata. Ayuh kita semua bersama ‘Kibarkan Bendera Malaysia’ di Kolej Empat Belas.
Tarikh Input: 27/08/2024 |
Kemaskini: 27/08/2024 | zawiyah
PERKONGSIAN MEDIA