PUTRA Outreach Mobility Programme | KOLEJ EMPAT BELAS
» ARTIKEL » PUTRA Outreach Mobility Programme

PUTRA Outreach Mobility Programme

Putra Outreach Mobilty Programme - sebuah program yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kolej Empat Belas dengan kerjasama daripada Pengurusan Kolej Empat Belas dan juga TH Plantation Berhad.

Program ini memulakan perjalanan ke Beijing pada 22 Mac 2017 dengan penyertaan seramai 10 orang pelajar. Tempat yang dituju adalah Inner Mongolia University of Science and Technology. Selama 14 hari yang dilalui, pelajar dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang memberi impak yang besar kepada semua peserta program serta Kolej Empat Belas. Ini merupakan kali pertama UPM bertandang ke universiti yang terletak di utara negara China itu. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak universiti seperti kelas Bahasa Cina, kelas seni kaligrafi Cina, kelas seni pemotong kertas (paper cutting) dan juga kelas seni tanah liat. Pelajar UPM berpeluang untuk mengajar serba sedikit bahasa Melayu kepada lebih daripda 30 orang pelajar tempatan di sana termasuk pensyarah Universiti Inner Mongolia.

Dalam tempoh 14 hari tersebut, peserta program berkesempatan untuk melawat ke tempat menarik seperti Sai Han Ta La yang terletak di tengah bandar Bautou, yang merupakan sebuah padang ragut dan juga merupakan tempat pemujaan rakyat Mongolia. Di situ juga terdapatnya ladang bunga lavendar yang begitu luas dan indah. Muzium Bautou juga antara tempat yang sempat di lawati oleh peserta program. Banyak artifak sejarah yang dipamerkan di situ. Bao Bai adalah tempat membeli belah yang terkenal di sana. 

Rasa rugi pula jika tidak melawat bandar terkenal negara China iaitu Kota Shanghai jika suda berada di negara itu. Peserta program telah berpeluang untuk melawat beberapa tempat menarik di sana seperti Nanjing Road dan Taman Yuyuan.

Banyak cabaran yang dihadapi untuk menjayakan program ini. Antaranya peruntukan kewangan yang tidak mencukupi. Namun dengan usaha semua peserta, TH Plantation Berhad melalui Pengurus Besar (Sumber Manusia), En. Fadzil bin Haji Abdullah telah bermurah hati untuk menaja sebanyak RM5000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu sahaja). Terima kasih diucapkan kepada pihak TH Plantation Berhad. 

Selain itu, perubahan cuaca adalah cabaran fizikal yang perlu dilalui oleh semua peserta program. Suhu yang sejuk mencecah sehingga 1 darjah celcius menyukarkan pergerakan harian peserta. Ada yang berdarah hidung dan memerlukan pakaian yang tebal ketika berada di sana. Mencari makanan halal juga agar sukar kerana agama Islam adalah kaum monoriti di sana. Namun, semua itu menjadikan perserta lebih tabah dan bersyukur dengan kehidupan di Malaysia.

Ditulis oleh

  • Muhammad Syahmi Zalani
  • Pengarah PUTRA Outreach Mobility Programme

Tarikh Input: 26/04/2017 | Kemaskini: 26/04/2017 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXENFAv~