PROGRAM RAPAT RENTASI SEMPADAN (RENTAS) | FOURTEENTH COLLEGE
» ARTICLE » PROGRAM RAPAT RENTASI SEMPADAN (RENTAS)

PROGRAM RAPAT RENTASI SEMPADAN (RENTAS)

HATYAI, 20 DEC – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas (K14) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Rapat Rentasi Sempadan (RENTAS) yang bertempat di Hatyai, Thailand. Program RENTAS dilaksanakan selama tiga hari bermula 20 Disember hingga 23 Disember 2019.

Tujuan utama program ini dilaksanakan berfokus kepada aspek pengukuhan hubungan dan kerjasama berpasukan secara praktikal semasa proses merentasi sempadan Malaysia ke negara Thailand dan juga melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Hatyai, Thailand. Berlandaskan pengisian program yang disediakan, program ini membantu memperkukuh hubungan dan kerjasama antara ahli dalam menghadapi situasi-situasi pada semester akan datang. Dalam pada masa yang sama, program ini memberi peluang kepada pelajar untuk melatih diri dengan nilai-nilai positif dengan keluar dari zon selesa kehidupan seharian mereka.

Dalam tempoh perjalanan program yang dilaksanakan pelbagai aktiviti menarik dan memerlukan kerjasama yang tinggi antara semua ahli MPK K14 yang mengikuti program diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan sekali gus untuk mencapai objektif program yang disasarkan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Food Review makanan masyarakat Thailand, melawati dan mengenali keunikan kereta api di Thailand, Eksplorasi K14 Spartans, beribadah di masjid Songkhla, dan MPK Bonding di buffet halal Khlonghae Seafood, Thailand.

 

 

Gambar 1: Khlonghae Floating Market

 

Gambar 2: Menjalankan aktiviti Food Review

 

Ahli MPK K14 berpecah mengikut kumpulan yang telah diberikan. Aktiviti Food Review dijalankan di Khlonghae Floating Market, Hatyai, Thailand. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menghasilkan video berdurasi tiga minit mereka memberi pandangan mengenai makanan yang mereka rasai. Video tersebut juga diminta untuk dimuat naik dalam intagram rasmi kolej, @kolej14upm_official

 

Gambar 3: Hatyai Junction Railway Station

 

Gambar 4: Perkarangan Hatyai Junction Railway Station

 

Destinasi berikutnya adalah di Hatyai Junction Railway Station di mana semua ahli MPK K14 dapat melihat dan mengenali keunikan kereta api yang digunakan di Hatyai, Thailand. Keunikan kereta api di Hatyai Junction adalah kerana jenis kereta api tradisional yang digunakan.

 

Gambar 5: Eksplorasi K14 Spartans di Pantai Samila, Songkhla, Thailand.

 

Berada di Pantai Samila kesemua ahli MPK K14 diberikan kumpulan serta tugasan untuk menyelesaikan misi di mana mereka perlu berinteraksi dengan masyarakat atau orang sekeliling. Antara misi yang diberikan adalah seperti mengambil gambar bersama pelancong yang berketinggian 170cm, mengambil gambar bersama warga Thailand yang membawa haiwan peliharaan, dan mengambil gambar bersama warga Thailand yang berumur dalam lingkungan 60 tahun hingga 70 tahun.

 

Gambar 6: The Central Mosque of Songhkla.

 

Berada di Masjid Songkhla iaitu The Central Mosque of Songkhla, kami menunaikan ibadah solat jamak. Kami juga dapat melihat keindahan seni reka bentuk masjid tersebut. Masjid Songkhla juga merupakan tumpuan utama para pelancong untuk bergambar kerana keindahan seni reka bentuknya dan tempat menunaikan ibadah di Hatyai, Thailand bagi pelancong beragama Islam.

 

 

Gambar 7: Buffet Halal di Khlonghae Seafood, Thailand.

 

Sebelum bertolak pulang ke UPM, kami menuju ke buffet halal di Khlonghae Seafood, Thailand untuk makan tengahari. Sambil makan tengahari, kami juga melakukan aktiviti bonding sesama MPK dan felo. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan kami dapat merapatkan ukhwah sambil menikmati makanan.

 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan juga ukhwah antara MPK K14 dan felo semakin akrab. Kami juga berharap agar program ini dapat dilaksanakn lagi pada tahun-tahun yang bakal mendatang dengan organisasi MPK K14 yang baharu kelak.

Date of Input: 04/02/2020 | Updated: 13/02/2020 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEaWAF~