Serdang, 05 Disember - Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47 telah diadakan pada 25 hingga 30 November 2023. Turut diadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON 2023) bagi menambah kemeriahan majlis tahunan universiti ini. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Naib Canselor baharu UPM iaitu Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
Menurut beliau PESKON 2023 kini diuruskan semula oleh pelajar yang mempunyai semangat walaupun latar belakang mereka bukan dalam bidang pertanian. PESKON 2023 membuat kelainan bagi program dan penjualan produk pertanian yang dikendalikan oleh pelajar UPM.
Tarikh Input: 08/01/2024 | Kemaskini: 08/01/2024 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor