Malam Tunas Budaya 2018 | KOLEJ EMPAT BELAS
» BERITA » Malam Tunas Budaya 2018

Malam Tunas Budaya 2018

Serdang, 30 Sept - Pada Malam Tunas Budaya yang telah diadakan pada hari Ahad yang lau, Kolej Empat Belas telah mengambil bahagian bersama dengan Kolej Enam Belas iaitu di bawah SATU CITRA PRODUCTION. Namun begitu, pada tahun ini tiada rezeki buat mereka. Para peserta telah berlatih dengan sebaik mungkin, tetapi ternyata kolej-kolej lain lebih hebat persembahan mereka.

Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pertandingan Malam Tunas Budaya 2018. Kejayaan mereka pada malam tersebut telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan dan sijil penyertaan serta Piala Pusingan Malam Tunas Budaya sumbangan dari Adala Concept yang juga merupakan alumni UPM. Selain daripada itu, Seta Walinongsari (K10 dan K11) juga telah memenangi anugerah untuk kategori Vokal Terbaik dan Pengarah Bersama Terbaik.

Malam Tunas Budaya pada tahun ini melabuhkan tirai dengan penuh gilang gemilang, malam yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku” telah menyaksikan sebanyak 9 buah gabungan kolej kediaman di UPM beraksi dan berentap bagi merebut gelaran juara. Penganjuran pada kali ke-18 pada tahun ini juga telah menyaksikan pelbagai bentuk persembahan yang telah disampaikan oleh para pelajar UPM dari Malaysia dan pelajar-pelajar dari Negara Afganistan, Indonesia, Somalia dan India. Pelajar-pelajar ini bernaung di bawah Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA).

Malam yang telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM turut berasa bangga dengan semangat semua pelajar bersaing dan menzahirkan rasa cinta kepada negara dan bangsa serta memperlihatkan budaya dan warisan Malaysia yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Persembahan yang penuh berwarna-warni ini sesuai dengan konsep yang diketengahkan oleh penganjur iaitu Citrawarna. 

Seperti biasa setiap tahun MTB akan menjemput selebriti terkenal sebagai juri pertandingan dan pada tahun ini 3 orang selebriti iaitu Tya Arifin (Selebriti Indonesia), Aidil Aziz (Pelakon) dan Toi Nizam (HyperAct) turut sama menjayakan program ini. Ternyata dengan kehadiran mereka telah menggamatkan lagi suasana dalam Dewan Besar UPM. Toy Nizam juga turut membuat persembahan secara eksklusif iaitu lagu terbaru khas kepada semua peminat di UPM.

 

 

Berikut meruapakan keputusan penuh MTB 2018 :

Johan: K10/K11 (Seta Walinongsari)
Naib Johan: KC/K6 (Mustika Sixtra)
Ketiga: KTP/K13 (Adiwangsa Production)

Anugerah:

Pengarah Bersama Terbaik: K10/K11 (Seta Walinongsari)

Kreativiti Terbaik: KC/K6 (Mustika Sixtra)

Teknikal Terbaik: KTP/K13 (Adiwangsa Production)

Penataan Audio Terbaik: K17 (Arustika Putrasakti)

Vokal Terbaik: K10/K11 (Seta Walinongsari)

Kumpulan Tarian Terbaik: KC/K6 (Mustika Sixtra)

Publisiti & Keceriaan Terbaik: K12/K15 (Warisan Production)

Tarikh Input: 05/10/2018 | Kemaskini: 05/10/2018 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXFICAI~