Putrajaya, 11 Mac - Malam Anugerah & Apresiasi Permata Gemilang (MAAPG) 17/18 @14 telah diadakan dengan penuh gilang gemilang. MAAPG merupakan majlis makan malam tahunan rasmi Kolej Empat Belas. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar daripada setiap tahun pengajian. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar tahun akhir yang telah menyumbang jasa dan bakti dalam mengharumkan nama Kolej Empat Belas di peringkat universiti.
Majlis ini telah diadakan di BoraOmbak Marina, Putrajaya dengan tema Be Bold In Garden. Para pelajar yanf hadir mat cantik dan tampan mengenakan busana masing-masing. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Mohamad Roslan bin Sulaiman sebagai tetamu kehormat.
AJK Majlis juga telah mendapat dua penajaan untuk majlis ini iaitu daripada YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan juga YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
Senarai nama penerima anugerah MAAPG 17/18 adalah seperti berikut:
ANUGERAH AKADEMIK
Norizatul Fazlin binti Mohd Radzi
Nur Alya Aida binti Shabri
Nur Raihan binti Mohd Jawaher
Dzul Haniff bin Mahadzir
ANUGERAH OLAHRAGAWATI
Nur Alia Wafa binti Mohd Jazlan (Kategori Thn 1& 2)
Siti Raudah binti Amri (Kategori Thn 3)
ANUGERAH OLAHRAGAWAN
Mohammad Ridzwan binti Muhammad Idris (Kategori Thn 1& 2)
Raja Shahrul Eznil bin Raja Aziz (Kategori Thn 3)
ANUGERAH KEBUDAYAAN
Muhammad Izzudin bin Rosli
Afiq Nuradli bin Amin Abdul Nasir
ANUGERAH SINAR PERMATA
Ameera Aisyah binti Azman
Amirah Ilyana binti Suhaimi
Mimie Hatirah binti Mohd Hisham
Mohd Aminudin bin Nasrudin
ANUGERAH GILAPAN EMAS
Rachael Randhawa
Nurrisa Hasmin binti Mohd Hisham
ANUGERAH PENGARAH TERBAIK
Shahduan Alwi bin Sukor
ANUEGRAH PASUKAN TERBAIK
Pasukan Badminton Wanita
ANUGERAH BESTARI PUTRA
Edmund Foo Sze Kai
ANUGERAH KENCANA PUTRA
Nur Haziq Fikri bin Ahmad
ANUGERAH TERAJU PUTRA
Farah Shuhada binti Rosli
ANUGERAH KOMUNIKASI GLOBAL
Illy Kamaliah binti Ramle
ANUGERAH KEMILAU PUTRA
Nooraisah binti Ensip
Tarikh Input: 21/05/2018 | Kemaskini: 21/05/2018 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor