Lawatan Ke Pusat Jagaan Al-Fikrah | KOLEJ EMPAT BELAS
» BERITA » Lawatan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah

Lawatan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah

Kajang, 18 Mac - Sempena FONESTA @14 2017, sekumpulan pelajar Kolej Empat Belas telah mengadakan lawatan amal ke Pusat Jagaan Al-Fikrah di Sg. Sekamat Kajang. Lawatan ini merupakan salah satu sub program di dalam program FONESTA @14.

Lawatan ini memberi pengalaman dan pengajaran yang amat bermakna kepada semua pelajar yang menyertainya. Pelbagai kisah menyayat hati, dugaan, derita dan cerita yang dapat dikongsi oleh penghuni di situ kepada pelajar.

Pelajar juga menlakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, beramah mesra dengan penghuni serta melawat kawasan tanaman dan haiwan ternakan yang diusahakan oleh beberapa penghuni yang sihat dan pekerja di Pusat Jagaan Al-Fikrah.

lawatan ke tempat tanaman

Semoga dengan kehadiran pelaja-pelajar ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan dan rasa gembira kepada penghuni-penghuni di sana.

Sedikit info mengenai Pusat Jagaan Al-Fikrah

Al-fikrah Malaysia telah ditubuhkan selama enam tahun dan telah berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Al-fikrah mempunyai penghuni seramai 70 orang dan mempunyai taman rekreasi yang tenang serta damai. Ia juga memberi ketenangan buat para penghuni yang merindukan kampung halaman mereka.

Beberapa aktiviti yang sering dijalankan adalah gotong-royong, CSR, aktiviti memasak, kelas agama, bersenam, menyanyi, memberi sumbangan dari segi kewangan mahupun barangan dan lain-lain. Semua ini adalah untuk menggembirakan warga emas dan terdampar disini.

Sebarang persoalan sila PM, email atau telefon nombor yang tertera:

fb : pusat jagaan al-fikrah malaysia
email: pjfmfikrah@gmail.com
tel : 03-87330715

Tarikh Input: 17/04/2017 | Kemaskini: 17/04/2017 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXFHTA1~