JOHAN Badminton (Wanita) SUKOL 2017/2018 | KOLEJ EMPAT BELAS
» BERITA » JOHAN Badminton (Wanita) SUKOL 2017/2018

JOHAN Badminton (Wanita) SUKOL 2017/2018

Serdang, 03 Nov - Pasukan badminton (wanita) Kolej Empat Belas telah merangkul kejayaan sebagai JUARA pada semester ini (sesi 2017/2018). Pertandingan akhir telah berlangsung di Pusat Sukan, UPM pada hari Jumaat jam 06:00 petang. Kolej Empat Belas telah berentap dengan Kolej Dua dan memenangi pertandingan ini dengan mata 3 - 0.

Pada hari pertama, 30 Oktober, pasukan badminton (wanita) ini telah menang 5 - 0 dengan Kolej Tun Perak. Pada hari kedua, 31 Oktober, juga menang besar 5 - 0 dengan Kolej Lima Belas. Pada 1 November, Kolej Empat belas berjumpa dengan Kolej Kedua juga menang 3 - 2. Dengan kemenangan yang dicapai ini, pasukan badmintin (wanita) Kolej Empat Belas telah berjaya memasuki peringkat akhir dan berjumpa semula dengan Kolej Kedua selaku penyandang Johan pada tahun lepas.

Kemenangan ini telah menyumbang sebanyak 3 mata bagi kolej pada semester ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan badminton wanita Kolej Empat Belas!

Tarikh Input: 08/11/2017 | Kemaskini: 08/11/2017 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXFIIAn~