DEMI KOLEGIAT: BENGKEL BANTU MULA | KOLEJ EMPAT BELAS
» BERITA » DEMI KOLEGIAT: BENGKEL BANTU MULA

DEMI KOLEGIAT: BENGKEL BANTU MULA

 

Pada 2 Januari 2023 yang lalu, Jemaah Ketua Blok, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023, Kolej Empat Belas telah mengadakan program Demi Kolegiat: Bengkel Bantu Mula. Program ini berlangsung di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun bersama Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini bertujuan mempelajari ilmu asas bagi first aider yang dapat membantu Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023, Kolej Empat Belas dan EXCO Blok Kediaman, Kolej Empat Belas sepanjang sesi 2022/2023 berlangsung.

 

Latihan ikatan anduh

Latihan CPR

Program Demi Kolegiat: Bengkel Bantu Mula telah dimulakan dengan sesi riadah pagi bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023, Kolej Empat Belas dan EXCO Blok Kediaman, Kolej Empat Belas. Usai sarapan pagi, program ini diteruskan dengan sesi bengkel bersama Puan Norfazilah Abdullah, Jurulatih Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia daripada Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia. Antara pengisian sesi bersama Puan  Norfazilah Abdullah, jurulatih jemputan termasuklah ikatan anduh dan simulasi CPR. “Pada pendapat saya, program secara hands on ini memberi peluang yang baik kepada pelajar kerana dapat mengaplikasikan sendiri simulasi CPR itu secara terus.” – Shaakir, kata seorang peserta yang berpeluang melakukan simulasi CPR itu.

 

Peserta bersama jurulatih

Sebagai penutup tirai majlis, sesi bergambar bersama tetamu jemputan telah dilakukan bersama-sama Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023, Kolej Empat Belas dan EXCO Blok Kediaman, Kolej Empat Belas. Jumlah penyertaan kesulurahan adalah seramai 31 orang dan program Demi Kolegiat: Bengkel Bantu Mula telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sehingga akhir program.

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 12/01/2023 | zawiyah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXFHQA3~