KATA ALU-ALUAN PENGETUA | KOLEJ EMPAT BELAS
» MENGENAI KAMI » PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOLEJ » KATA ALU-ALUAN PENGETUA

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

 

Bismillahirramanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung laman sesawang Kolej Empat Belas, UPM. Melalui laman web ini, pelajar serta pihak luar boleh mendapatkan informasi dan berita terkini mengenai Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Dengan wujudnya medium ini, diharapkan segala maklumat dan berita dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisien. 

Terdapat 9 buah kolej disediakan oleh UPM untuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah. Kolej Empat Belas merupakan salah satu daripada Kolej Serumpun yang juga terdiri daripada Kolej Dua Belas.  Pelbagai kemudahan yang disediakan di Kolej Serumpun perlu digunakan secara bersama dan penuh berhemah dalam kalangan pelajar Kolej Empat  Belas. Prasarana yang selesa dan kondusif amat dititikberatkan bagi memastikan keselesaan pelajar Kolej Empat Belas terjamin.

Di Kolej Empat Belas, pelajar akan dapat mengikuti pelbagai aktiviti sama ada yang dianjurkan oleh pihak universiti atau pihak Kolej Empat Belas. Setiap aktiviti kolej akan dikendalikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas dengan kerjasama pihak pengurusan kolej. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sesuai dengan keperluan mahasiswa masa kini. Dengan motto 'Intelek Cemerlang Teguh', setiap aktiviti yang dianjurkan berfokus kepada Kemahiran Insaniah yang dapat memberi manfaat kepada pelajar. Kolej Empat Belas terkenal dengan aktiviti berimpak tinggi seperti SUKOL, kebudayaan, kerohanian dan sebagainya serta aktiviti luar yang melibatkan sama ada sektor awam atau swasta. Justeru saya mohon agar pelajar  Kolej Empat Belas  dapat menyertai dan mengikuti aktiviti atau program yang dianjurkan. Rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin sepanjang pengajian anda di bumi bertuah ini kerana pengalaman, kemahiran insaniah dan pembelajaran secara tidak formal ini tidak mungkin anda perolehi dalam bilik kuliah dan sudah tentu tidak ternilai harganya terutama ketika melangkah ke alam kerjaya kelak. Warga kolej harus bersatu hati bagi memastikan visi UPM menjadi sebuah Universiti bereputasi antarabangsa tercapai.

Akhir kata, semoga kehidupan anda di Kolej Empat Belas menjadi salah satu pemangkin kejayaan cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Terima kasih.


Pengetua
Kolej Empat Belas,

Universiti Putra Malaysia

 

 

Kemaskini:: 12/04/2023 [zawiyah]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691448/1449
tiada
X, (08:29:30pm-08:34:30pm, 09 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]