Malam Anugerah Pra Graduan (MAPG@14) merupakan majlis makan malam tahunan rasmi Kolej Empat Belas. Malam ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada pelajar tahun akhir yang telah menyumbang jasa dan bakti dalam mengharumkan nama Kolej Empat Belas di peringkat universiti.