PENGENALAN KOLEJ | KOLEJ EMPAT BELAS
» MENGENAI KAMI » SEJARAH PENUBUHAN » PENGENALAN KOLEJ

PENGENALAN KOLEJ

UPM menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman untuk penginapan lebih daripada 3000 orang pelajar. Setiap satu kolej kediaman menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan moden demi menepati keperluan pelajar.

Sebahagian besar kolej kediaman mempunyai akses internet, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan keselesaan kepada para pelajar. Universiti juga sangat prihatin terhadap para pelajar istimewa. Terdapat sejumlah ruang khusus yang diubah suai dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar istimewa agar kehidupan mereka di kampus terjamin.

 

Kolej Serumpun

Kolej Serumpun adalah terdiri daripada Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas. Segala urusan pengurusan penginapan pelajar dan persekitaran kolej ditadbir bersama dengan Syarikat Pembinaan Jayabumi Sarawak (PJS Development) dengan Sistem Build, Operate dan Transfer (BOT). Secara fizikalnya kolej Empat Belas mempunyai 5 blok dari 14 blok yang dibina oleh PJSD dimana 8 blok untuk siswi dan 4 blok untuk siswa.

Pada tahun 2019, Kolej Empat dan Enam Belas digabungkan sebagai satu kolej dan menggunapakai nama Kolej Empat Belas bagi mengoptimumkan pengurusan dan cara kerja.

Blok yang dihuni oleh pelajar-pelajar Kolej Empat Belas ialah

Blok L2 -  adalah untuk pelajar lelaki (2 orang bagi satu bilik)
Blok L6 - adalah untuk pelajar lelaki (1 orang bagi satu bilik)
Blok L3 - adalah untuk pelajar wanita (3 orang bagi satu bilik)
Blok L5 - adalah untuk pelajar wanita (3 orang bagi satu bilik)
Blok P4 - adalah untuk pelajar wanita (2 orang bagi satu bilik)
Blok P7 - adalah untuk pelajar wanita (1 orang bagi satu bilik)

Kolej Empat Belas telah diuruskan dan ditadbir oleh sepuluh orang Pengetua iaitu Professor Madya Dr. Jamal bin Talib (2000-2003), Dr. Jambari bin Hj. Ali (2003-2005), Dr. Azizi bin Ali@Ibrahim (2005-2007), En. Aris Fadzillah bin Abdullah (2007-2008) dan En. Ishak bin Abd Hamid (2008-2009). Prof. Madya Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin (SMP) (2009-2018), Prof. Madya Dr. Faieza binti Abdul Aziz (2018), Prof. Dr. Latifah binti Saiful Yazan (2018), Prof. Madya Dr. Khairulmazmi bin Ahmad (2019), dan Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni (2020).

Kini, Kolej Empat Belas ditadbir oleh Dr. Daljit Sing a/l Karam Singh  dibantu oleh Pegawai Tadbir, En. Mohd Hazrie bin Minhat dan beberapa staf pentadbiran yang lain. Segala aktiviti pengurusan dan aktiviti pelajar adalah sepenuhnya dibawah tanggungjawab pentadbiran Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia.

Kolej Empat Belas telah berkembang dengan bertambah baik dan banyak kemudahan seperti wakaf dan dataran disediakan dan pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan bantuan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Kolej Dua Belas. Wujud beberapa kelab di bawah MTM seperti PERKASA dan Tech-Crew. Sekretariat menjalankan peranannya dengan baik lagi terserlah. Pencapaian akademik yang baik dan cemerlang disamping integrasi kaum yang baik.

 

Kemaskini:: 07/04/2021 [zawiyah]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdAAa~