2 Mac, Serdang - Program Ihya Ramadhan Kolej Empat Belas dapat dilaksanakan sekali lagi bagi tahun 2025/1146 Hijrah. Sumbangan ini adalah infaq daripada qariah Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Cheras, Selangor. Sumbangan adalah berbentuk makanan untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan 2025.
En. Azmarul bin Abdul Aziz selaku pemunya Mamaz Kitchen, telah diamanahkan untuk menyediakan sumbangan iftar dan menyampaikannya kepada pihak kolej untuk diagihkan kepada para pelajar dan staf. Sebanyak 100 pek bungkus makanan dapat dimanfaatkan oleh pelajar yang ada di sekitar Kolej Empat Belas.
Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas mengucapkan terima kasih kepada penyumbang Iftar Ramadhan 1446/2025.
1 Ramadan 1446 Hijrah
2 Ramadan 1446 Hijrah
3 Ramadan 1446 Hijrah
Date of Input: 27/03/2025 |
Updated: 27/03/2025 | zawiyah
MEDIA SHARING