Sumbangan Makanan Kepada Pelajar Kolej Empat Belas Pada Hari Raya Aidilfitri Pertama 2023 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Sumbangan makanan kepada pelajar Kolej Empat Belas pada Hari Raya Aidilfitri pertama 2023

Sumbangan makanan kepada pelajar Kolej Empat Belas pada Hari Raya Aidilfitri pertama 2023

SERDANG, 23 April - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menyantuni para pelajar tempatan yang tidak pulang ke kampung kerana tuntutan kerja dan pelajar antarabangsa yang berada di Kolej Empat Belas pada Hari Raya Pertama Aidilfitri.
 
Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan turut menyampaikan pek juadah Aidilfitri dan sumbangan duit raya buat pelajar-pelajar berkenaan. Turut hadir pada sesi penyerahan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Pengetua Kolej Empat Belas, Dr. Mohd Firdaus Ismail dan beberapa wakil MPP dan MPK serta felo Kolej Empat Belas.
 
  

Date of Input: 12/05/2023 | Updated: 12/05/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXETIAi~