SAVE OUR MALAYAN TIGER CAMPAIGN (SOMTiC) | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » SAVE OUR MALAYAN TIGER CAMPAIGN (SOMTiC)

SAVE OUR MALAYAN TIGER CAMPAIGN (SOMTiC)

BERITA RINGKAS PROGRAM SAVE OUR MALAYAN TIGER CAMPAIGN (SOMTiC)

 

PENGENALAN

Program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) merupakan satu program dimana ianya mendedahkan kepada semua mahasiswa UPM dan juga orang awam yang terlibat mengenai kepentingan spesis Harimau Malaya di dalam ekosistem di Malaysia dan akibat serta punca berlakunya kepupusan spesis Harimau Malaya ini.

Program ini telah menjemput dua orang penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Zulfadli bin Zainor yang merupakan Penolong Pengarah Kanan di Institut Biodiversiti di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Semenanjung Malaysia dan juga Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan yang = merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Pra-Klinikal di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membuka mata mahasiswa UPM dan juga orang awam bahawa spesis Harimau Malaya juga adalah penting dalam mengekalkan ekosistem hutan di Malaysia sekaligus penting buat generasi yang akan datang untuk mengenali Harimau Malaya kerana ianya merupakan simbolik kepada keberanian yang terdapat pada lambang Jata Negara Malaysia.

     

PELAKSANAAN

Program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) merupakan anjuran Sekretariat Rekreasi dan Sukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas, UPM. Program ini telah berlangsung selama satu hari pada 6 Mac 2021 bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Program ini dijalankan menggunakan medium atas talian iaitu Webex dan juga Facebook Live Kolej Empat Belas.

Program ini dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis serta tayangan video montaj seterusnya diikuti dengan slot yang pertama iaitu Save Our Malayan Tiger! daripada penceramah jemputan pertama iaitu Encik Zulfadli Zainor. Semasa slot yang pertama, para perserta berpeluang untuk menyertai kuiz-kuiz yang telah disediakan oleh Encik Zulfadli disamping penerangannya mengenai Harimau Malaya dan kepentingannya di Malaysia. Kemudian program ini diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Extinction of Malayan Tiger, Why? oleh penceramah jemputan yang kedua iaitu Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan yang banyak membincangkan mengenai asbab mengapa berlakunya kepupusan Harimau Malaya di Malaysia.

 

    

Setelah selesai kedua-dua slot tersebut, Program SOMTiC seterusnya diteruskan lagi dengan sesi yang ketiga iaitu slot interaksi dan sesi soal jawab. Untuk slot interaksi medium Quiziz telah digunapakai bagi menarik penyertaan serta interaksi bersama para perserta. Slot interaksi Quiziz ini telah berjaya menarik lebih daripada 160 penyertaan daripada para perserta untuk menguji kefahaman dan seterusnya bertanding merebut hadiah-hadiah yang disediakan. Setelah selesai slot interaksi Quiziz, program seterusnya diteruskan dengan sesi soal jawab oleh para peserta kepada penceramah-penceramah jemputan.

    

Sebelum Program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) ini selesai, para peserta dan juga penceramah jemputan dikejutkan dengan satu lagi slot tambahan, iaitu sesi temubual ringkas bersama seorang pelajar antarabangsa yang berasal daripada Perancis yang kini merupakan pelajar di salah sebuah Universiti di Belguim yang turut berminat untuk mengikuti program ini dari awal hingga ke penghujung program. Pelajar yang berasal dari Perancis yang dikenali sebagai Julia ini, merupakan salah seorang bekas pelajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mendapat info mengenai program ini daripada salah seorang kenalannya yang merupakan pelajar semasa di UMT.

Setelah berakhir sesi temu bual ringkas bersama pelajar tersebut, semua pelajar UPM telah disediakan e-merit dan juga e-sijil buat semua para perserta yang telah mengikuti program tersebut.

 

    

 

HASIL PROGRAM

Program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) yang dianjurkan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam diri setiap mahasiswa dan masyarakat awam yang terlibat secara langsung mengenai kepentingan spesis Harimau Malaya di Malaysia dan juga dapat membantu pihak berkuasa membendung masalah pemburuan secara haram terhadap spesis ini dalam kalangan masyarakat. Program ini juga dapat memberikan nilai moral yang tinggi dan kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai spesis-spesis yang kian diancam kepupusan ini terutamanya spesis Harimau Malaya.

 

KESIMPULAN

Program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) ini telah berjaya mencapai objektif program dan berjalan dengan lancar seperti yang ditetapkan pada hari kejadian.

Selain itu, mesej yang disampaikan oleh penceramah jemputan kepada para peserta juga dapat diterima baik. Hal ini dapat dinilai melalui maklum balas yang positif daripada para peserta melalui tinjuan penilaian program menggunakan google form yang telah diberikan di akhir program. Malah terdapat juga para perserta yang meminta untuk pihak penganjur mengadakan program Save Our Malayan Tiger Campaign (SOMTiC) bagi siri yang kedua, dan menambah tempoh pelaksanaan program. Akhir sekali, program ini telah menerima penyertaan yang sangat baik daripada peserta yang terdiri daripada mahasiswa UPM dan juga peserta luar daripada UPM.

 

Date of Input: 07/04/2021 | Updated: 08/04/2021 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEaUAG~