PROGRAM SPARKLE STAR OUTREACH PROGRAMME (SPARTAR) | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » PROGRAM SPARKLE STAR OUTREACH PROGRAMME (SPARTAR)

PROGRAM SPARKLE STAR OUTREACH PROGRAMME (SPARTAR)

KUALA PILAH, 28 SEPT - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas (K14) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan SPARKLE STAR OUTREACH PROGRAMME (SPARTAR) 2.0 yang dibahagikan kepada dua siri. Siri 1 melibatkan 41 orang mahasiwa Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 56 pelajar dari SMK Senaling, Kuala Pilah Negeri Sembilan telah dijalankan selama 2 hari bertempat di SMK Senaling, Kuala Pilah.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan membuka minda pelajar sekolah sekali gus menarik minat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya  Institut Pendidikan Tinggi. Di samping menyinarkan lagi bakat, jati diri dan semangat pelajar-pelajar sesuai dengan cogan kata program “Together We Sparkle, Together We Care” .

 

Pelbagai aktiviti menarik, mencabar, dan memerlukan kerjasama yang tinggi serta high thinking order skills dijalankan untuk mencapai objektif yang disasarkan. Antara aktivitinya adalah Love Yourself Harder, Passport To The Future, Explorace 6th Sense dan It’s My Decision. 

Gambar 1: Explorace 6th Sense

 

Gambar 2: Aktiviti berkumpulan

Pelajar SMK Senaling dan juga fasilitator di beri peluang membuat persembahan dalam Majlis Penutupan SPARTAR 2.0 ‘Jangan Di Ucap Selamat Tinggal’. Majlis Penutupan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jamali bin Salam, Penyelaras DUN Seri Menanti.   Pengetua Kolej Empat Belas, Prof. Madya Dr.Khairulmazmi bin Ahmad turut bersama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Gambar 3: Penyerahan hadiah oleh Penyelaras DUN Seri Menanti dan Pengetua Kolej Empat Belas

 

Lanjutan kepada Siri 1 ini, SPARTAR 2.0 Siri 2 akan dijalankan pada 18 hingga 20 Oktober 2019 di Universiti Putra Malaysia untuk mendedahkan kepada mereka suasana pembelajaran di alam universiti bagi menyutik lagi semangat mereka untuk menyambung pelajaran ke universiti.

Gambar 4 : Slot Enegizer

Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdCAf~