Pertandingan Poster Infografik | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Pertandingan Poster Infografik

Pertandingan Poster Infografik

Program Pertandingan Poster Infografik ini merupakan anjuran Sekretariat Sukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengaktifkan kembali gerak kerja ahli-ahli kelab Wonder Spartans yang sedia ada serta menarik minat lebih ramai kolegiat lain untuk mengenali tentang kewujudan Kelab Kesukarelawanan Kolej Empat Belas iaitu kelab Wonder Spartans. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada kolegiat Kolej Empat Belas untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam mencipta poster infografik.

Program ini telah berlangsung selama 12 hari dimana peserta telah memulakan penghasilan poster dan menghantar poster mereka kepada emel rasmi kelab Wonder Spartans dari 10 Oktober hingga 22 Oktober 2020. Program ini telah mendapat sambutan daripada kolegiat Kolej Empat Belas. Jumlah penyertaan yang dihantar dengan format yang betul adalah sebanyak 16 penyertaan. Daripada jumlah tersebut, tiga poster infografik yang terbaik telah dipilih sebagai pemenang oleh juri pertandingan. Setiap penyertaan bagi pertandingan ini akan memperoleh merit penyertaan sebanyak lima merit, manakala pemenang akan menerima merit pemenang sebanyak lapan merit.

Berikut adalah tiga poster pemenang yang dipilih:

 

Pengumuman bagi pertandingan poster infografik ini telah dilakukan pada 22 Oktober 2020 di Instagram rasmi kelab Wonder Spartans. Secara keseluruhan, program Pertandingan Poster Infografik ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan telah berjaya mencapai matlamat program. 

 

Date of Input: 17/02/2021 | Updated: 17/02/2021 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEaGAM~