PERTANDINGAN PESTA KONVOKESYEN DAN EKSPO PERTANIAN | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » PERTANDINGAN PESTA KONVOKESYEN DAN EKSPO PERTANIAN

PERTANDINGAN PESTA KONVOKESYEN DAN EKSPO PERTANIAN

Serdang, 05 Disember - Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47 telah diadakan pada 25 hingga 30 November 2023. Turut diadakan Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON 2023) bagi menambah kemeriahan majlis tahunan universiti ini. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Naib Canselor baharu UPM iaitu Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. 

Menurut beliau PESKON 2023 kini diuruskan semula oleh pelajar yang mempunyai semangat walaupun latar belakang mereka bukan dalam bidang pertanian. PESKON 2023 membuat kelainan bagi program dan penjualan produk pertanian yang dikendalikan oleh pelajar UPM.

"Para pelajar UPM yang menguruskan PESKON mengfokuskan kepada transformasi pertanian dan dapat memanfaatkan ilmu dan kecekapan yang diperoleh daripada PESKON untuk menjadi agen perubahan dalam sektor pertanian yang dinamik.
 
PESKON ke-47, antaranya Gema Seni Dikir Barat, Festival Nasyid Interkolej Kali ke-14, pertandingan Koir Interkolej, Green Drama Musical, e-Sport Challenge: Mobile Legend Bang Bang dan Kejohanan Terbuka Futsal Pesta Konvo.
 
   
 
Kolej Empat Belas telah menyertai 4 pertandingan yang dianjurkan iaitu Green Drama Musical, Festival Nasyid Interkolej (FESNIK), Pertandingan Koir Interkolej dan Putra Got Talent.
 
Keputusan yang telah diperolehi oleh pasukan Kolej Empat Belas ialah
 
Green Drama Musical - JOHAN
Festival Koir Interkolej - NAIB JOHAN
 
 
    

Date of Input: 08/01/2024 | Updated: 08/01/2024 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEbRAn~