MAJLIS APRESIASI DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ SESI 2019/2020 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » MAJLIS APRESIASI DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ SESI 2019/2020

MAJLIS APRESIASI DAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ SESI 2019/2020

SERDANG, 26 SEPT – Pelajar Fakulti Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Faiz bin Manab telah  dipilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas Sesi 2019/2020.

Muhammad Faiz telah menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Mantan Presiden Kolej Empat Belas, Saudara Tajul Affzan Bin Roslan dan Mantan Presiden Kolej Enam Belas, Saudara Muhammad Fetri Bin Sekof., pada Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan  MPK Sesi 2019/2020 di Dewan Putra 2, UPM, di sini.  Turut hadir Pengetua Kolej Empt Belas, Prof Madya Dr. Khairulmazmi bin Ahmad

Prof Madya Dr. Khairulmazmi dalam ucapannya menyeru agar setiap ahli MPK memainkan peranan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan amanah dan jujur.

 

“Selain itu, saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua  MPK  Kolej 14 pada sesi kali ini berganding bahu bersama-sama dengan barisan felo bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara seiring dengan visi dan misi kolej kita”, katanya.

 

Seramai 37 pelajar ahli MPK Sesi 2018/2019 telah melafazkan ikrar pada majlis itu.

Majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan daripada pelajar Malam Tunas Budaya dan ahli kolegiat kolej empat belas. Antara persembahannya termasuklah menari,menyanyi dan bermain alat muzik tradisional.

Majlis telah berjalan dengan lancar dan teratur pada hari tersebut dan diharapkan pihak MPK dapat melaksanakan amanah ini dengan baik bagi menaikkan lagi prestasi Kolej Empat Belas pada masa hadapan.

Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEZQAz~