01 Ogos, Kolej 14 - Hari ini merupakan hari perpindahan pelajar perempuan Asasi Sains Pertanian UPM daripada blok P4 ke blok L3. Perpindahan ini perlu dilakukan bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan lantai bilik kediaman pelajar di blok P4 yang telah banyak yang rosak. Keputusan ini terpaksa dibuat bagi memberi keselesaan kepada para pelajar dan hanya pada cuti semester sahaja tarikh yang sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf.
Proses perpindahan ini turut dibantu oleh beberapa ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas sesi 2025/2026. Mereka membantu mengangkat barang-barang pelajar asasi daripada blok P4 ke L3. Proses ini mengambil masa sehari.
Setelah selesai, Pengetua K14, Prof. Dr. Mohamad Aris Maman Alias Aris serta beberapa orang staf dan felo telah menyantuni pelajar2 berkenaan dengan memberi sumbangan makan berbungkus di bilik masing-masing di blok L3.
Segala kesulitan amatlah dikesali dan pihak kolej sentiasa akan membantu para pelajar Asasi dan kolegiat yang lain.
Date of Input: 15/08/2025 |
Updated: 15/08/2025 | zawiyah
MEDIA SHARING