20 Mac, Serdang - Telah diadakan program memasak bubur lambuk sempena program Ihya' Ramadan 2025 Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai oleh semua staf Kolej Empat Belas dan juga beberapa orang pelajar yang berada di kolej.
Sebayak 10 kilogram beras digunakan untuk membuat bubur lambuk yang dirancang. Puan Ayu merupakan tukang masak yang sudi membantu untuk memasak bubur ini. Beliau adalah daripada qariah Serdang dan juga AJK aktif Masjid UPM Serdang.


Program memasak ini berlansung bermula daripada jam 9 pagi sehingga jam 12:30 tengahari. Program ini diadakan di hadapan pejabat Kolej Empat Belas iaitu wakaf minda Kolej Empat Belas. Terdapat 2 menu yang dirancang iaitu bubur ayam dan juga bubur daging.

Agihan bubur kepada pelajar dan staf dilakukan bermula jam 2:30 petang sehingga habis agihan. Seramai 200 orang pelajar dan staf serta penduduk sekitar mendapat manfaat melalui program ini. Terima kasih kepada semua penyumbang dan juga ahli-ahli yang bersama-sama menjayakan program ini.

Date of Input: 27/03/2025 | Updated: 27/03/2025 | zawiyah

Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se