FAMILY DAY: MONTH OF AWESOMENESS 2023 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » FAMILY DAY: MONTH OF AWESOMENESS 2023

FAMILY DAY: MONTH OF AWESOMENESS 2023

Serdang, 18 Nov - Jemaah Ketua Blok Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas sesi 2023/2024 Universiti Putra Malaysia, telah mengadakan program Family Day: Month Of Awesomeness 2023 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kolegiat serta melahirkan kolegiat yang proaktif dalam menjaga keharmonian kolej kediaman terutamanya berkaitan keceriaan dan kebersihan.

Program ini adalah berkonsepkan Hari Keluarga dengan melibatkan semua kolegiat yang menginap di Kolej Empat Belas. Dalam program Family Day: Month Of Awesomeness 2023 ini terdapat beberapa subprogram iaitu Sparklean, Fourteen Fit dan We Hear Your Voice. Program ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM dan Dewan PJSD.

Program telah dimulakan pada pagi hari Sabtu iaitu 18 November 2023 dengan pendaftaran para peserta di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM. Kemudian, sesi pagi dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh ahli jawatan kuasa aktiviti. Sesi diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan subprogram pertama iaitu Sparklean yang merupakan aktiviti gotong-royong dan juga pertandingan menghias blok kediaman masing-masing. Para pelajar dibekalkan dengan beberapa peralatan hiasan seperti kad manila dan riben untuk menghias papan notis blok kediaman mengikut kreativiti masing-masing. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dan keceriaan blok dalam kalangan kolegiat Kolej Empat Belas tidak kira sama ada kolegiat perempuan mahupun kolegiat lelaki.

   

 

Selanjutnya, sesi pagi pada hari Sabtu diteruskan dengan subprogram Fourteen Fit iaitu sebuah program yang fokus terhadap sukaneka atau sukan rakyat yang merangkumi Musical Chair, Congkak, Pijak Belon dan banyak lagi. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Untuk sesi pagi, Fourteen Fit dijalankan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM manakala sesi petang pula dijalankan di Dewan PJSD. Bagi suprogram seterusnya iaitu We Hear Your Voice telah dilaksanakan pada waktu malam.

 

   

 

      

 

      

Subprogram ini merupakan program Townhall berkala yang dijadikan sebagai salah satu medium bagi para kolegiat untuk meluahkan pendapat serta suara berkenaan masalah atau isu yang berlaku di sekitar kolej kediaman bagi tujuan penambahbaikan. Subprogram ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi perempuan dan sesi lelaki.

Sesi perempuan yang melibatkan 426 orang kolegiat dari blok L3, L5 dan P4 telah dilaksanakan pada hari Sabtu 18 November 2023 manakala sesi lelaki yang melibatkan seramai 214 orang kolegiat dari blok L2 pula telah dilaksanakan pada 19 November 2023 iaitu pada hari Ahad. Secara keseluruhannya, program Family Day: Month Of Awesomeness 2023 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar sehingga ke akhir program dengan jumlah penyertaan seramai 640 orang kolegiat.

   

   

Date of Input: 08/12/2023 | Updated: 08/12/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEbOAA~