EMCEE AMONG US | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » EMCEE AMONG US

EMCEE AMONG US

 

Serdang, 4 Nov - Sekretariat Akademik, Kerjaya dan Korporat, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas Sesi 2023/2024, telah mengadakan program Emcee Among Us yang bertujuan untuk mencungkil bakat dalam bidang protokol yang merangkumi tugas pengacaraan dan pengurusan majlis daripada kalangan kolegiat. Pembawaan pengetahuan yang lebih meluas dalam bidang protokol dapat diaplikasi untuk program Kolej Empat Belas pada masa akan datang. Program ini merupakan sebuah program yang diadakan untuk mencapai Pelan Strategik Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) iaitu Teras D: Kebolehpasaran Graduan di bawah Objektif Strategik D1: Kemahiran Baharu (Keterampilan Graduan) dengan memperkasa graduan melalui program-program pembinaan keterampilan.

 

Program ini telah diadakan pada 3 hingga 4 November 2023 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu di Dewan Putra 2 (DP 2). Program ini berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Pada hari Jumaat majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang serta bacaan doa. Slot pertama adalah ‘Protocol Lead Quality’ oleh Encik Abdullah bin Arshad. Beliau menunjukkan cara dan etika dalam majlis protokol kepada peserta. Kemudian, diteruskan dengan majlis penyampaian cenderamata dan nyanyian lagu Kolej Empat Belas dan diakhiri dengan sesi fotografi.

   

 

Manakala, hari Sabtu slot kedua adalah 'Lontaran Suara Merdu' oleh Encik Khairul Anuar bin Azmi. Beliau berkongsi tentang bidang pengacaraan dan peserta mencuba dengan cubaan suara ‘Voice Over’. Majlis menjemput pengarah program untuk memberi ucapan sekaligus wakil felo untuk merasmikan Majlis penutupan bagi program Emcee Among Us. Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderamata dan nyanyian lagu Kolej Empat Belas dan diakhiri dengan sesi fotografi. Program ini diadakan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM. Jumlah peserta terlibat ialah 125 orang peserta dan 30 ahli jawatankuasa yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.

   

 

 

Hasil daripada program ini secara individu ialah memberi pendedahan kepada kolegiat untuk berdepan khalayak ramai bersesuaian dalam bidang protokol dan melahirkan individu yang berkemahiran dalam pengacaraan dan menguruskan majlis. Hasil daripada program ini melalui kolej ialah dapat meningkatkan visibiliti kolej melalui pelaksanaan program berimpak tinggi serta merapatkan hubungan silaturahim antara warga UPM. Bagi hasil daripada program ini melalui universiti pula adalah meningkatkan sikap berdaya saing secara sihat dalam mempunyai pengacara dan pengurus majlis yang berkredibiliti serta Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti di peringkat IPT.

Date of Input: 08/12/2023 | Updated: 08/12/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEbPAm~