CANVA AND MULTIMEDIA WORKSHOP | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » CANVA AND MULTIMEDIA WORKSHOP

CANVA AND MULTIMEDIA WORKSHOP

Pada 21 Disember 2024 hingga 22 Disember 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024, Kolej Empat Belas telah mengadakan Program Canva and Multimedia Workshop. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan peserta khususnya berkaitan penggunaan perisian Canva dan Capcut. Program ini merupakan sebuah program berbentuk bengkel dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa UPM (KMUPM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM dan Pengurusan Kolej Empat Belas, UPM yang melibatkan seluruh pelajar UPM sebagai peserta.


Pada 21 Disember 2024, program telah bermula dengan kehadiran pelajar di dalam Live Youtube pada pukul 9.00 pagi dan diteruskan dengan bengkel Canva yang bermula pada 9.15 pagi sehingga 3.30 petang yang dikendalikan oleh Lina Khalida binti Mohd Sabri atau dikenali sebagai ItsKalin, penceramah jemputan bagi program ini. Kemudian program diteruskan dengan slot pertandingan poster yang meningkatkan penglibatan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan poster bertemakan tahun baru. Bilangan peserta yang hadir di dalam bengkel ini adalah seramai 254 orang pelajar UPM manakala jumlah peserta yang melibatkan diri dalam pertandingan poster bertemakan tahun baru adalah seramai 29 orang pelajar UPM.


Seterusnya, pada 22 Disember 2024, telah berlangsungnya hari kedua bagi program Canva and Multimedia Workshop yang memfokuskan kepada kemahiran menghasilkan videografi menarik. Pada jam 9.00 pagi, peserta dibenarkan masuk ke dalam Google Meet yang diberikan dan bengkel videografi bermula pada pukul 9.15 pagi dan dikendali oleh Lina Khalida binti Mohd Sabri. Bengkel tersebut menekankan teknik-teknik mengambil rakaman video, cara penggunaan alatan-alatan yang disediakan di dalam aplikasi Capcut untuk mengedit video dan lain-lain lagi. Bilangan peserta yang hadir di dalam bengkel ini adalah seramai 207 pelajar UPM.


Hasil daripada program ini secara individu ialah peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi terutamanya untuk menghasilkan bahan-bahan multimedia dan penyuntingan video. Peserta juga dapat pendedahan terhadap cara-cara penggunaan perisian Canva dan Capcut yang betul dan efektif. Impak program yang diperoleh di peringkat kolej ialah dapat melahirkan pelajar yang peka dengan perkembangan teknologi terkini dan berdaya saing untuk menghasilkan bahan-bahan publisiti yang menarik dan kreatif. Hasil pembelajaran di peringkat universiti ialah dapat meningkatkan visibiliti dan imej universiti melalui pembentukan suasana Smart Campus bagi memanfaatkan media digital untuk mengasah kemahiran mahasiswa dalam menghasilkan iklan dalam bentuk poster dan video. Borang maklumbalas keberkesanan aktiviti sepanjang program yang diisi oleh setiap peserta bagi setiap slot program ini telah menunjukkan maklum balas yang baik dan komen yang membangun.

   

(Johan pertandingan poster, Coo En Yi)

(Naib Johan pertandingan poster, Raja Syazura binti Raja Zainudin)

 

(Tempat ke-3 pertandingan poster, Nurul Irwaniey binti Ismail)

Date of Input: 23/01/2025 | Updated: 23/01/2025 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691448/1449
tiada
F, (08:03:33pm-08:08:33pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]