Anugerah Tempat Kerja Selamat Tahun 2018 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2018

Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2018

Serdang, 19 April - Alhamdulillah, sekali lagi Kolej Empat Belas mendapat Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi kategori E (Kolej Kediaman) untuk tahun penilaian 2018. Anugerah telah disampaikan oleh Dato' Wan Azman, Pendaftar Universiti Putra Malasyia diiringi oleh Dr. Mohd Rafie bin Baharudin, Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM. Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Radin Umar di Fakulti Kejuruteraan UPM semasa Majlis Perasmian Penutup sempena sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) UPM 2019 yang telah berlangsung selama tujuh (7) hari dengan bertemakan "Hazard Psikososial di Tempat Kerja".

Objektif hari KKP UPM 2019 ini adalah untuk terus meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan staf, pelajar dan individu lain yang berkaitan.

Kali ini, Puan Noorizai binti Mohamad Noor selaku Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang juga menjalankan tugas Pengetua Kolej Empat Belas telah berbesar hati menerima anugerah tersebut mewakili seluruh staf Kolej Empat Belas.

  

Pemenang bagi 5 kategori yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UPM adalah:

 

Kategori A - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf 40 orang dan keatas

  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi 
  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
  • Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik

 

Kategori B - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf kurang daripada 40 orang

  • Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  • Institut Pengajian Sains Sosial
  • Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan

 

Kategori C - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian dan lain-lain serta mempunyai staf 40 orang dan keatas

  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Pusat Kesihatan Universiti
  • Institut Biosains

 

Kategori D - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian dan lain-lain serta mempunyai staf kurang daripada 40 orang

  • Tiada pemenang

 

Kategori E - Kategori Kolej Kediaman

  • Kolej Sebelas
  • Kolej Empat Belas
  • Kolej Lima Belas

Date of Input: 06/05/2019 | Updated: 06/05/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEUBAE~