SYARAT TINGGAL KOLEJ KEDIAMAN | KOLEJ EMPAT BELAS
» PERATURAN DAN PANDUAN KOLEJ » SYARAT TINGGAL KOLEJ KEDIAMAN

SYARAT TINGGAL KOLEJ KEDIAMAN

SISTEM MERIT UNTUK KELAYAKAN MENGINAP DI KOLEJ

 

Kemudahan penginapan yang selamat dan kondusif disediakan kepada pelajar di setiap kolej kediaman. Selain itu, kolej juga berperanan menyediakan perkidmatan, didikan, bimbingan dan kaunseling yang menyumbang kepada kecemerlangan akdemik, pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar melalui program dan aktiviti sama ada anjuran pelajar mahupun program Kerjasama antara pelajar dan pihak pentadbiran kolej, fakulti dan universiti.

Semua pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancangkan secara tersusun dan berjadual pada setiap sesi akademik. Ini membolehkan seseorang pelajar itu mata merit yang ditetapkan untuk kelayakan menginap di kolej pada sesi berikutnya. Melalui system ini, persaingan sihat dapat dipertingkatkan di kalangan pelajar melalaui penglibatan aktiviti di kolej. Ini sekaligus dapat menyumbang kepada penghasilan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Jesteru itu, semua pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti mestilah merekod penglibatan mereka di dalam sistem ekolej.upm.edu.my

 

 

KRITERIA KELAYAKAN MENGINAP

 

Syarat-syarat kelayakan untuk menginap di kolej kediaman adalah seperti berikut :

  • Merujuk kepada pelajar yang mendaftar di UPM sahaja.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang diluluskan oleh pihak Univeristi sahaja.
  • Mempunyai rekod penglibatan dalam aktiviti yang lengkap dan telah disahkan.
  • Mencapai jumlah merit minimum kelayakan menginap. Pemarkahan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengiraan Merit Permohonan Tinggal di Kolej (OPR/KOLEJ/TAD/GP08).
  • Berdasarkan kepada kekosongan bilik dan budi bicara Pengetua dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

 

Kemaskini:: 14/04/2023 [zawiyah]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcTAR~