COLLEGE RULES | FOURTEENTH COLLEGE
» PERATURAN DAN PANDUAN KOLEJ » COLLEGE RULES

COLLEGE RULES

PERATURAN KEDIAMAN PELAJAR UPM


1. Kebersihan rumah/bilik adalah tanggungjawab bersama. Penghuni hendaklah memastikan rumah atau bilik sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
2. Sampah setiap bilik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah awam di luar rumah / bilik setiap hari.
3. Dilarang membuang segala jenis sampah/barang melalui tingkap.
4. Cadar dan sarung bantal mesti digunakan setiap masa.
5. Dilarang menampal, menconteng dan mengotor permukaan perabot, dinding dan sebagainya.
6. Menyidai pakaian hanya di ampaian yang disediakan.
7. Suis lampu dan kipas hendaklah dimatikan apabila meninggalkan bilik.
8. Dilarang membuat atau mengubahsuai sambungan elektrik/internet.
9. Peralatan elektrik yang dibenarkan adalah radio(watt sederhana), pengecas bateri telefon bimbit, komputer dan pencetak.
10. Dilarang membawa dan memelihara binatang peliharaan (pets) dalam rumah/bilik.
11. Dilarang memasak di dalam blok kediaman.
12. Penghuni tidak dibenarkan memindah, menukar atau mengubahsuai setiap peralatan yang ada di rumah / bilik.
13. Semua kerosakan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Am Kolej dengan segera.
14. Penghuni rumah/bilik dilarang menumpangkan orang lain tinggal bersama tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej.
15. Tidak dibenarkan bertukar rumah/bilik/partition tanpa kebenaran Pengetua Kolej.
16. Dilarang membawa atau menyimpan minuman keras, dadah, bahan-bahan lucah, senjata dan merokok.
17. Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.
18. Kemudahan dan keadaan rumah/bilik anda telah direkodkan. Pemeriksaan inventori bilik akan dilakukan pada setiap sesi. Penghuni yang berdaftar pada bilik berkenaan akan menanggung denda perilaku sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) atau kos baik pulih/ganti (mengikut harga semasa) jika kerosakan pada kemudahan     bilik disebabkan vandalisme oleh penghuni bilik atau tindakan mandatori dibuang kolej sekiranya melanggar peraturan kolej sebagaimana yang telah ditetapkan.
19. Penghuni dilarang membawa masuk pelajar/orang luar yang berlainan jantina ke rumah/bilik.
20. Penghuni yang melanggar peraturan kediaman pelajar akan dikenakan tindakan berdasarkan Arahan Tetap Kolej Kediaman Pindaan 2015 atau boleh dikenakan tindakan mandatori di buang kolej.

Sumber : AUKU 1971, Perlembagaan UPM Kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 Perintah Tetap Universiti Putra Malaysia (Kolej Kediaman)(Kolej Empat Belas) 2015.

(hasil resolusi dari Bengkel Peraturan Kolej Kediaman 2016 pada 26 Februari 2016)

Updated:: 01/08/2017 [zawiyah]

MEDIA SHARING

C1506216751