WONDERSPARTANS OUTREACH PROGRAMME, BALOK DAN CHERATING, PAHANG | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » WONDERSPARTANS OUTREACH PROGRAMME, BALOK DAN CHERATING, PAHANG

WONDERSPARTANS OUTREACH PROGRAMME, BALOK DAN CHERATING, PAHANG

18 Januari, Cherating - Kelab Wonder Spartans di bawah Sekretarian Sukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas telah menjalankan Wonderspartans Outreach Programme (WOP) di Balok dan Cherating, Pahang pada 16 Januari hingga 18 Januari 2020. WOP merupakan sebuah program kesukarelawanan yang menekankan kepada matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar khususnya dan masyarakat amnya tentang aktiviti sukarelawan yang lebih berfokus kepada alam sekitar dan tidak hanya tertumpu kepada komuniti semata-mata. Pantai dan penyu telah dipilih sebagai fokus untuk program WOP ini.

 

Kempen kesedaran melalui papan tanda di Pantai Cherating

 

 

 

Perjalanan program WOP di negeri Pahang dimulakan di Natural Village Batik, Balok. Peserta didedahkan kepada industri Batik dan berpeluang untuk merasai pengalaman mencanting batik. Pada malam hari, pelajar menikmati keindahan pantai di Balok sebelum menjalankan aktiviti Pujangga Pantai yang memerlukan pelajar untuk mengarang dan mempersembahkan puisi atau lagu bertemakan alam sekitar. Seawal 4 pagi, pelajar bergerak ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuantan untuk melihat proses pendaratan dan pengasingan ikan.   

 

Lawatan ke Pusat Konservasi dan Santuari Penyu, Cherating

Program diteruskan dengan slot “Clean Beach, Clean Ocean” di Pantai Balok. Sebelum itu, pelajar dan komuniti yang hadir menjalankan senaman Zafina. Program ini mendapat kerjasama dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dan Alam Flora Sdn Bhd. Komuniti yang turut sama dalam aktiviti ini adalah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Balok, Persatuan Silat Pendekar Pahang, Persatuan Nelayan Balok, dan Jawatankuasa Kampung Balok. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja pembersihan sambil membuat video #trashchallenge #greenvlog.

 

 Slot ‘Clean Beach, Clean Ocean’ bersama-sama komuniti di Pantai Balok

 

Pembersihan Pantai Cherating dan Slot ‘Cherating 3R: Istana Pasir’

Program WOP diteruskan di Pantai Cherating di mana pertandingan membina istana pasir dengan berkonsepkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan tugasan mencari dan mengutip sampah di sekitar kawasan Pantai Cherating.  Sampah seperti botol plastik, tin minuman, tali dan juga ranting kayu akan digunakan untuk membina istana pasir mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Sampah-sampah seperti lampin pakai buang bayi, sisa makanan, dan puntung rokok yang tidak boleh digunakan di kumpulkan di satu tempat sebelum di buang ke dalam tong sampah besar. Satu forum bertajuk “Islam dan Alam” telah diadakan di Masjid Sungai Ular, Balok. Pengisian seterusnya ialah perkongsian tentang penyu sebagai antara spesies hidupan laut terancam di Pusat Konservasi dan Santuari Penyu, Cherating.  Peserta mendapat info dan pengetahuan tentang kehidupan dan situasi penyu di Malaysia.

Date of Input: 13/02/2020 | Updated: 13/02/2020 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcOAW~