Wiramasli 2018 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Wiramasli 2018

Wiramasli 2018

UPM, 15 April - Peringkat akhir pertandingan lagu Melayu Asli (Wiramasli 2018) yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah diadakan pada Sabtu, 15 April yang lalu. Pertandingan ini diadakan di Panggung Percubaan UPM pada jam 08:00 malam. Kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman sebagai tetamu jemputan dan juga En. Fazmi Azar Mistar ke program ini telah memberi impak yang amat bermakna.

Kolej Empat Belas telah menghantar seorang wakil iaitu Muhammad Izzuddin bin Rosli. Beliau merupakan pelajar tahun pertama jurusan Bacelor Pertanian.

   

 

Keputusan Pertandingan :

 

Perempuan   

Johan : Kolej Sebelas (K11)

Naib Johan : Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)

Tempat Ketiga : Olej Tun Perak (KTP)

 

Lelaki

Johan : Kolej Lima Belas (K15)

Naib Johan : Kolej Sepuluh (K10)

Tempat Ketiga : Kolej Empat Belas (K14)

 

Anugerah Busana Terbaik : Kolej Empat Belas (K14)

Anugerah Persembahan Terbaik : Kolej Lima Belas (K15)

Anugerah Vokal Terbaik : Kolej Sebelas (K11)

  

Date of Input: 21/05/2018 | Updated: 21/05/2018 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdTA6~