14 Sept, UPM - Dimaklumkan Puan Pengetua yang kesembilan Kolej Empat Belas, Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni telah ditukarkan ke Kolej Tujuh Belas. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Empat Belas pada 01 Mac 2020. Selama 6 bulan menjadi Pengetua Kolej Empat Belas, beliau telah menyumbang khidmat bakti yang terbaik terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pihak pengurusan dan seluruh warga Kolej Empat Belas mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas jasa dan khidmat bakti beliau selama meneraju Kolej Empat Belas. Semoga Dr. Jas akan lebih maju jaya di Kolej Tujuh Belas.
Date of Input: 15/09/2020 | Updated: 15/09/2020 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se