TERIMA KASIH - DR. OMRAH BIN HASSAN @ HUSSIN | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » TERIMA KASIH - DR. OMRAH BIN HASSAN @ HUSSIN

TERIMA KASIH - DR. OMRAH BIN HASSAN @ HUSSIN

31 Jan, UPM - Dimaklumkan bahawa Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pengetua Kolej Empat Belas yang ke-5 pada 31 Januari 2018. Beliau telah bekhidmat sebagai Pengetua selama 8 tahun di Kolej Empat Belas. Banyak pembangunan wakaf di Kolej Empat Belas telah dilakukan oleh beliau selama menjadi pengetua. 

Jasa beliau dalam membangunkan serta meningkatkan kualiti kolej amatlah besar serta memberi impak yang mendalam. Pelbagai program kolej yang telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama daripada beliau seperti 1Kolej 1Kampung, Fonesta@14 dan Family Day@14.

Pihak pengurusan Kolej Empat Belas telah mengadakan majlis penghargaan kepada beliau yang telah banyak menyumbang bakti dan tenaga selama berada di Kolej Empat Belas. Majlis tersebut juga diraikan sempena ulang tahun kelahiran ke-54 beliau iaitu pada 03 Januari yang lalu. 

Majlis ini disertai juga oleh staf Kolej Enam Belas, felo-felo Kolej Empat Belas serta wakil MTM Kolej Empat Belas.

Segala jasa baik Dr. Omrah selama ini di Kolej Empat Belas amatlah dihargai.

Date of Input: 08/02/2018 | Updated: 09/02/2018 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXERIAQ~