TEMPAT PERTAMA : PERTANDINGAN BOLLYNACH SHOWDOWN 3.0 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » TEMPAT PERTAMA : PERTANDINGAN BOLLYNACH SHOWDOWN 3.0

TEMPAT PERTAMA : PERTANDINGAN BOLLYNACH SHOWDOWN 3.0

11 Jun, UPM Serdang - Kolej Empat Belas yang terdiri daripada 8 orang peserta (6 Kaum Melayu dan 2 Kaum India) telah mendapat tempat PERTAMA dalam pertandingan interkolej Bollynaach Showdown 3.0 daripada 9 kumpulan/kolej lain dan telah menerima anugerah koreografi terbaik. Hadiah tempat pertama/johan adalah mock cheque sebanyak RM300.00, pingat, piala pusingan dan juga hamper. Hadiah bagi anugerah koreografi terbaik pula adalah hamper dan plaque.

Pertandingan Bollynaach Showdown 3.0 adalah sebuah pertandingan interkolej yang dianjurkan oleh Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia. Pertandingan ini telah berlangsung  pada jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM.

Syarat peserta bagi Interkolej Pertandingan Bollynaach Showdown 3.0 iaitu seramai 8 hingga 10 orang peserta yang terdiri sekurang-kurangnya 2 kaum. Antara syarat lain adalah, peserta atau kumpulan haruslah menggunakan 50% penggunaan props yang telah diberikan di dalam penceritaan/persembahan tarian tersebut.

Date of Input: 14/07/2022 | Updated: 14/07/2022 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEdBA4~