TEMPAT KEEMPAT - ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN ANUGERAH PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KATEGORI C) - HKIP 2017 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » TEMPAT KEEMPAT - ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN ANUGERAH PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KATEGORI C) - HKIP 2017

TEMPAT KEEMPAT - ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN ANUGERAH PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KATEGORI C) - HKIP 2017

Serdang, 10 Nov - Hari Kualti dan Inovasi dan Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2017 telah diadakan pada hari Jumaat yang penuh ceria. Majlis tersebut bermula pada jam 08:30 pagi dan diadakan di Dewan Besar UPM. Acara dimulakan dengan sorakan cheers daipada delegasi PTJ yang mengambil bahagian. Pelbagai aksi dan ragam yang dapat dilihat kerana setiap pasukan membuat sorakan dengan penuh semangat. Ketibaan Naib Canselor UPM dan juga ahli pengurusan Universiti pada jam 09:00 pagi telah mengambil ruang dan ucapan daripada beliau sememangnya amat dinantikan.

      

Objektif utama HKIP adalah

  1. Meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;
  2. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM
  3. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan
  4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2017 merupakan anugerah utama HKIP 2017. Kolej Empat Belas telah mendapat tempat KEEMPAT bagi anugerah utama ini dan mendapat hadiah wang tunai RM750 serta sijil penghargaan.

      

Terdapat kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi anugerah utama ini yang memberi markah, seperti berikut:

Komponen Pengurusan (60%)

  • Indeks Akauntabiliti (10%)
  • Pengurusan Pembangunan dan Perkhidmatan Sumber Manusia (10%)
  • Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (10%)
  • Pengurusan Laman Web (10%)
  • Pengurusan Kualiti (10%)
  • Citra Putra (10%)

Komponen Transformasi (20%)

  • Pelaksanaan Inovasi dalam Perkhidmatan (10%)
  • Pelaksanan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) (10%)
  • Jaringan dan Komuniti atau Kelestarian Hijau (10%)

Komponen Pengurusan Pelanggan (20%)

  • Kajian Kepuasan Pelanggan
  • Pengendalian Maklum balas Pelanggan melalui sistem U-Respons
  • Pencapaian Piagam Pelanggan
  • Pengendalian Telefon

Selain itu, Kolej Empat Belas juga telah mendapat Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Kategori C (kolej kediaman). Hadiah wang tunai sebanyak RM1500 dan sijil penghargaan.

    

 

Senarai pemenang HKIP 2017 adalah seperti berikut:

Hadiah Mencipta Tema
Tema Terbaik: Pn. DK Masni PG Kifli – Pusat Kesihatan Universiti 
Tempat Ke-2: Pn. Mazlina Md. Ali Radzuan – Fakulti Ekologi Manusia 
Tempat Ke-3: En. Najimuddin Zakaria – Fakulti Ekologi Manusia

Hadiah Idea Inovasi
Idea Terbaik: En. Farizal Muzammil Abdul Wahab – Fakulti Kejuruteraan 
Idea Terbaik: En. Johan Budiman Nurthani – Fakulti Kejuruteraan
Idea Terbaik: En. Hanafiah Ismail – Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Idea Terbaik: En. Mohd Sopian Mohd Zin – Fakulti Perhutanan
Idea Terbaik: Pn. Siti Nur Alifah Abdul Rahman – Sekolah Pengajian Siswazah

Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja
PTJ Terbaik Kategori Fakulti: Fakulti Ekologi Manusia 
PTJ Terbaik Kategori Institut: Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan 
PTJ Terbaik Kategori Entiti Perkhidmatan: Perpustakaan Sultan Abdul Samad

Anugerah Pengurusan Lean
Hadiah Penghargaan: Bahagian Keselamatan 
Ketiga: Bahagian Audit Dalam 
Kedua: Taman Pertanian Universiti
Pertama: Pusat Kesihatan Universiti

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Hadiah Penghargaan: Kumpulan FORR FLORA, Fakulti Perhutanan 
Ketiga: Kumpulan Axon Force, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
Kedua: Kumpulan iDETech, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Pertama: Kumpulan Langit Putra, Pejabat TNCPI

Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Kategori Pengurusan)
Ketiga: Kumpulan REFTApp’s Pawns, iDEC 
Kedua: Kumpulan putra –INODAF, TNCAA 
Pertama: Kumpulan The Core, Bahagian Audit Dalam

Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Kategori Teknikal)
Ketiga: Kumpulan Putranovasi, Putra Science Park, Pejabat TNCPI 
Kedua: Kumpulan ECOFUTE’, Fakulti Ekologi Manusia 
Pertama: Kumpulan LDG 10 UPM, Fakulti Pertanian

Anugerah Pengurusan Laman Web
Ketiga: Sekolah Pengajian Siswazah 
Kedua: Perpustakaan 
Pertama: Pusat Alumni

Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PTJ Terbaik Kategori A: Sekolah Pengajian Siswazah 
PTJ Terbaik Kategori B: Institut Biosains 
PTJ Terbaik Kategori C: Kolej Empat Belas

Anugerah Indeks Akauntabiliti
PTJ Terbaik Kategori 1: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
PTJ Terbaik Kategori 2: Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah 
PTJ Terbaik Kategori 3: Kolej Kedua

Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
Keempat: Kolej Empat Belas 
Ketiga: Fakulti Kejuruteraan 
Kedua: Bahagian Hal Ehwal Pelajar 
Pertama: Fakulti Ekologi Manusia

Date of Input: 13/11/2017 | Updated: 13/11/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEUGAP~