Tempat Kedua : Program Pembinaan Bakat Siswa 2017 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Tempat Kedua : Program Pembinaan Bakat Siswa 2017

Tempat Kedua : Program Pembinaan Bakat Siswa 2017

DBP KL, 8 Mei 2017 - Tahniah diucapkan kepada Ibrahim Latola, pelajar linguistik Jabatan Bahasa Melayu dan Kolej Empat Belas, UPM yang menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1000, dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2017 kategori penulisan ilmiah anjuran DBP dan KPT yang telah diadakan di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. Pemilihan peserta terbaik melibatkan seramai 18 orang peserta yang mewakili Universiti Awam dan IPTS.

Tahun 2017 merupakan tahun kesepuluh penganjuran Program Pembinaan Bakat Siswa, atau nama sebelum ini dikenali sebagai Akademi Sastera. Program ini merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun ini, DBP mendapat kerjasama baharu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Belia Antarabangsa untuk melaksanakannya.

Antara tujuan program ini diadakan termasuklah membimbing mahasiswa supaya lebih memahami dan menghayati subjek sastera serta mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dalam kertas kajian yang dihasilkan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan insan yang berketerampilan ketika menyampaikan hujah dan memupuk daya kreativiti mahasiswa melalui perbincangan berdasarkan karya sastera, khususnya, dan dalam bidang lain umumnya.

 

Senarai Pemenang Bakat Siswa 2017

Johan - Amir Zakiy Hamzah dari Universiti Kebangsaan Malaysia

NAIB JOHAN - Ibrahim Latola dari Universiti Putra Malaysia

Ketiga - Nor Azimah Junus dari Universiti Sains Islam Malaysia

Saguhati - Nur Amanina Suhaimi dari Universiti Teknologi Mara, Siti Syahirah Yusof dari Universiti Malaya, Muhammad Jazlan Ahmad Kamarulzaman dari Universiti Kuala Lumpur

Updated:: 23/05/2017 [zawiyah]

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467418
0389467419
C1505938425