07 Oktober, Serdang - Minggu Perkasa Putra sesi 2023/2024 telah berlangsung selama 7 hari bermula 01 Oktober sehingga 07 Oktober 2023. Slot terakhir adalah program Putra Souq yang telah dijalankan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM). Putra Souq merupakan program pengenalan badan beruniform, persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang bergiat aktif di UPM.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga turut hadir pada program ini sebagai tetamu VVIP.
Pertandingan sorak (cheers) antara kolej telah dilaksanakan pada hari berkenaan dan disertai oleh pelajar-pelajar baharu Kolej Empat Belas sesi 2023/2024. Kolej Empat Belas telah mendapat tempat kedua bagi pertandingan ini.
Keputusan penuh pertandingan sorak
Johan : Kolej Pendeta Za'ba
Tempat kedua : KOLEJ EMPAT BELAS
Tempat ketiga : Kolej Tun Dr. Ismail
Tempat keempat : Kolej Canselor
Tempat kelima : Kolej Sepuluh
Date of Input: 19/10/2023 | Updated: 19/10/2023 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se