Tempat Kedua : Malam Tunas Budaya 2017 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Tempat Kedua : Malam Tunas Budaya 2017

Tempat Kedua : Malam Tunas Budaya 2017

Serdang, 16 Sept - Pada hari Sabtu yang lalu, program Malam Tunas Budaya (MTB) 2017 yang ke-18 telah diadakan dengan penuh gilang gemilang di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah. Program ini telah dipertandingkan mengikut kolej-kolej kediaman. Persembahan gabungan Kolej Empat Belas, iaitu seramai 19 orang pelajar dan sebahagian pelajar Kolej Lima Belas telah dipersembahkan oleh Hitam Puteh Production. Pelajar-pelajar yang menyertai MTB ini merupakan pelajar tahun pertama yang baru mendaftar pengajian mereka di UPM pada 6 September yang lepas.

Tema Malam Tunas Budaya ke-18 adalah AKU NEGARAKU kerana pada hari tersebut merupakan sambutan hari Malaysia serta sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Hitam Puteh Production telah membawakan konsep  persembahan mengenai penubuhan Malaysia serta perkembangan Malaysia sebelum merdeka hingga zaman sekarang.

Pada program ini, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris telah serta Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman telah menjadi tetamu kehormat diiringi Prof. Dr. Sidek, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-kolej Kediamanserta beberapa pegawai daripada Bahagian hal Ehwal Pelajar.

 

Juri undangan bagi MTB kali ini adalah terdiri daripada artis iaitu Ummi Nazeera dan Thanuja Ananthan serta pembaca berita TV3, Mior Abdul Malek Raiyani selaku Ketua Juri.

 

Keputusan pertandingan Malam Tunas Budaya 2017 adalah seperti berikut :

Johan : Gabungan KPZ dan KMR
Naib Johan : Gabungan K14 dan K15
Ketiga : Gabungan K5 dan K6
Anugerah Pengarah Terbaik  : Gabungan KPZ dan KMR
Anugerah Kreativiti Terbaik  : Gabungan K13 dan KTP
Anugerah Teknikal Terbaik : K17
Anugerah Vokal Terbaik : Gabungan K5 dan K6
Anugerah Tarian Terbaik : Gabungan K14 dan K15
Anugerah Muzik Terbaik  : Gabungan KTDI dan KC
Publisiti Kecerian Terbaik : Gabungan K13 dan KTP

 

Senarai pelajar Kolej Empat Belas yang menyertai Malam Tunas Budaya 2017

  • Mohd Aminudin bin Nasrudin - Penari
  • Nur Aziany binti Ahmad - Penari
  • Lim Ting Wan - Penari
  • Nur Nabihah binti Roslan - Penari
  • Sarah-Nur Hanis binti Roslan - Penari
  • Mohamad Najmie bin Dahalan - Penari
  • Woon Kai Song - Penari
  • Escabry Saung Anak Sabai - Penari
  • Maisarah binti Abdul Ghani - Penari
  • Najla Ezani binti Che Roos - Penari
  • Muhammad Izzuddin bin Rosli - Penyanyi
  • Mazdiyana binti Mazlan - Penyanyi
  • Nur Aimi Samihah binti Marzukee - Penyanyi
  • Norshahilla binti David - Penyanyi
  • Muhammad Nor Fadzlin bin Tahar - Penyanyi
  • Muhammad Badrul Hidafi bin Jamaludin - Penyanyi

  

Date of Input: 27/09/2017 | Updated: 27/09/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdIAQ~