Tahniah Dan Terima Kasih Kolegiat K14 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Tahniah dan Terima Kasih Kolegiat K14

Tahniah dan Terima Kasih Kolegiat K14

Serdang, 22 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2023 secara online melalui aplikasi Putra Voting. Pemilihan ini dilaksanakan sendiri sepenuhnya oleh mahasiswa UPM melalui Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) 2023, Universiti Putra Malaysia. Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM telah dimuktamadkan pada 10 Mac 2023 dan seterusnya proses penamaan calon-calon yang bertanding dilakukan.
 
 
 
 
Pada sesi pemilihan tahun ini, turut diadakan adalah Pertandingan Putra Undi 100% oleh pihak JPMPP UPM untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengundi calon-calon yang bertanding sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar semasa berada di UPM.
 
Berikut merupakan jumlah peratusan turun mengundi yang tertinggi bagi kategori kolej kediaman sempena Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023:
🥇 Tempat Pertama: Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (RM 5,000.00) – 97.73%
🥈 Tempat Kedua: Kolej Tun Dr. Ismail (RM 3,000.00) – 96.64%
🥉 Tempat Ketiga: Kolej Empat Belas (RM 1,500.00) – 95.41%
 
 
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar untuk mengundi.
 
Terima kasih kolegiat Kolej Empat Belas.

Date of Input: 12/04/2023 | Updated: 12/04/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEdBAp~