SuperBowl@14 2017 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » SuperBowl@14 2017

SuperBowl@14 2017

IOI City Mall, 03 Nov - Satu aktiviti berbentuk riadah santai iaitu pertandingan bowling telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya. Aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Empat Belas dengan kerjasama pengurusan Kolej Empat Belas telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli pengurusan serta pelajar-pelajar Kolej Empat Belas telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

Aktiviti yang berlangsung pada jam 08:30 malam ini, telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Empat Belas, Dr. Omrah bin Hassan bin Hussin. Beliau turut menyertai pertandingan ini bagi memberi semangat kepada semua peserta. Pelbagai aksi yang lucu dan gembira dapat dilihat sepanjang aktiviti ini. Pengarah program, Norhidayah binti Hashim menganggap objektif dan matlamat program ini telah tercapai kerana semua pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih mesra di antara satu sama lain serta dapat mencungkil bakat yang terpendam di kalangan pelajar.

Aktiviti tahunan yang diadakan ini sememangnya memberi impak yang positif serta menggalakan pelajar untuk lebih melakukan riadah bagi menjamin gaya hidup sihat. 

Date of Input: 08/11/2017 | Updated: 08/11/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdAAO~