Seindah Ramadan Bersama K14 - Agihan Bubur Lambuk | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Seindah Ramadan bersama K14 - Agihan bubur lambuk

Seindah Ramadan bersama K14 - Agihan bubur lambuk

Serdang, 8 April - Program SEINDAH RAMADAN BERSAMA K14 anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) K14 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, bersempena Hari Nuzul Quran bertempat di Wakaf Ilmu, Kolej Empat Belas. Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Angakatan Belia MFLS, agensi Malaysia Relief Agency Selangor, dan Geng Main Masak-masak.

Seramai 50 orang AJK yang terdiri daripada kolegiat Kolej Empat Belas turut sama membantu dalam penyediaan bahan-bahan mentah sejak awal pagi. Geng Main Masak-masak adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penduduk lorong kekabu 6, kuarters UPM. Mereka telah bergerak secara aktif di kawasan kejiranan dalam aktiviti memasak. Dengan pengalaman dan kepakaran kumpulan ini banyak membantu dan sedikit sebanyak memberi pengalaman yang tidak dilupakan buat semua pelajar yang terlibat.

      

      

   

 

Sejumlah 10 kilogram daging dan 5 ekor ayam serta 50 kilogram beras telah digunakan. Hasilnya sebanyak 750 bekas bubur lambuk telah dapat disediakan.

 

      

      

Date of Input: 12/04/2023 | Updated: 12/04/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcFAO~