Program Thank You, Frontliners! | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Program Thank You, Frontliners!

Program Thank You, Frontliners!

Program Thank You, Frontliners! merupakan anjuran Sekretariat Sukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kolegiat Kolej Empat Belas kepada petugas-petugas barisan hadapan negara selain memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai Hari Sukarelawan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang disambut pada setiap 5 Disember. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada kolegiat Kolej Empat Belas untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam mencipta poster.

   Program ini telah berlangsung selama 10 hari di mana peserta telah memulakan penghasilan poster dan menghantar poster mereka kepada emel jawatankuasa program dari 26 November hingga 5 Disember 2020. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada kolegiat Kolej Empat Belas. Jumlah penyertaan yang dihantar dengan format yang betul adalah sebanyak 61 penyertaan. Daripada jumlah tersebut, lima poster terbaik telah dipilih sebagai pemenang oleh juri pertandingan ini yang terdiri daripada felo-felo Kolej Empat Belas iaitu Cik Wan Nur Nazihah binti Wan Hamzah, Encik Mohammad Arif bin Johari dan Encik Mohd. Norsyafiq bin Othman. Setiap penyertaan bagi pertandingan ini akan memperoleh merit penyertaan sebanyak 5 merit manakala pemenang akan menerima merit pemenang sebanyak 8 merit. Berikut adalah lima poster pemenang yang dipilih : 

 

 

Date of Input: 16/02/2021 | Updated: 17/02/2021 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcWAZ~