Program 15 Days Of Gratitude Mampu Memupuk Nilai Kesyukuran Dalam Diri Mahasiswa UPM | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Program 15 Days of Gratitude mampu memupuk nilai kesyukuran dalam diri mahasiswa UPM

Program 15 Days of Gratitude mampu memupuk nilai kesyukuran dalam diri mahasiswa UPM

 

INSTAGRAM KOLEJ EMPAT BELAS, 1 JAN – Program 15 Days of Gratitude yang dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Sahsiah dan Integrasi Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan pada 18 Disember 2020 hingga 1 Januari 2021.

15 Days of Gratitude dianjurkan selama 15 hari dengan cara memberi sebuah template di Instagram Story Kolej Empat Belas dan para peserta perlu mengisi dan memuat naik di Instagram Story masing-masing. Pelbagai tajuk yang bertemakan kesyukuran telah diberi untuk mereka membuat reflektif terhadap diri masing-masing. Program ini dianjurkan untuk memupuk sikap menghargai dan nilai kesyukuran dalam diri mahasiswa UPM supaya mereka sedar betapa bernilainya nilai kesyukuran dalam hidup. Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan mahasiswa UPM yang berkeyakinan tinggi terhadap diri sendiri dengan bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang mereka ada sekarang.

15 Days of Gratitude telah mendapat penyertaan yang ramai di mana bukan sahaja dapat menarik penyertaan daripada mahasiswa UPM tetapi dapat menarik juga penyertaan oleh orang awam dan mahasiswa di universiti tempatan yang lain. Seramai 870 orang secara purata telah menyertai untuk sepanjang 15 hari program ini dijalankan.

Program seperti ini mampu mewujudkan mahasiswa yang beraura positif dan berkeyakinan tinggi dalam kehidupan seharian. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi agar dapat memberi manfaat kepada para mahasiswa UPM.

Berikut merupakan beberapa contoh template yang telah diisi oleh para peserta sepanjang program dijalankan:

 

Day 1

Day 1 Day 2 Day 3 Day 4 Day 5  
 
           
Day 6 Day 7 Day 8 Day 9 Day 10  
 
           
Day 11 Day 12 Day 13 Day 14 Day 15  
       

 

 

Date of Input: 16/02/2021 | Updated: 17/02/2021 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcEAu~