PEWARIS'17 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » PEWARIS'17

PEWARIS'17

Tanjung Bidara, 20 Ogos - Bermula pada 14 shingga 20 Ogos 2017, semua ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Empat Belas sesi 2017/2018 telah menghadiri Kem Pemantapan Warisan Putra 2017 (PEWARIS'17). Program yang berlangsung selama seminggu itu telah melibatkan seramai 30 orang ahli MTM yang telah dilantik bagi sesi 2017/2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti taklimat motivasi, taklimat jati diri, permainan explorace dan perbincangan takwim aktiviti bagi sesi 2017/2018.

    

Pada 14 sehingga 18 Ogos, program telah berlangsung di sekitar kawasan UPM. Program telah dirasmikan oleh pengetua Kolej Empat Belas, Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin yang juga dihadiri oleh semua staf pentadbiran Kolej Empat Belas. Program ini adalah merupakan satu program tahunan yang menjadi platform bagi pemantapan organisasi MTM Kolej Empat Belas bagi sesi 2017/2018. Perancangan takwim aktiviti pelajar bagi sesi 2017/2018 telah dirancang oleh peserta program.

    

 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah slot jati diri dan sesi bersama pengurusan kolej, slot kepimpinan, slot penajaan dan penjanaan wang, teknik penulisan berita, slot protokol, akitiviti Explorace dan latihan dalam kumpulan.

    

 

Program disambung pada 19 hingga 20 Ogos di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka bagi memberi peluang pelajar-pelajar mempersembahkan perancangan aktiviti yang telah dirancang dalam keadaan yang lebih santai dan formal. Pembentangan kertas kerja adalah bagi memohon kelulusan pihak pengurusan Kolej Empat Belas serta bagi mendapat maklum balas jika ada sebarang pindaan atau cadangan tambahan untuk aktiviti yang telah dirancang.

 

Date of Input: 30/08/2017 | Updated: 09/10/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDcVA3~