PENGETUA KE-11 KOLEJ EMPAT BELAS | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » PENGETUA KE-11 KOLEJ EMPAT BELAS

PENGETUA KE-11 KOLEJ EMPAT BELAS

15 Feb, Kolej Serumpun - Pengetua kesebelas Kolej Empat Belas, Dr. Mohd Firdaus bin Ismail telah dilantik oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 15 Februari 2022 hingga 14 Februari 2023.

Dr. Mohd Firdaus merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian. Sebelum dilantik sebagai Pengetua, beliau merupakan Ketua Felo di Kolej Tiga Belas.

Semoga dengan lantikan sebagai Pengetua kesebelas ini, akan meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan Kolej Empat Belas yang dikecapi selama ini.

 

Date of Input: 23/02/2022 | Updated: 23/02/2022 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcPA6~