Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 2017/2018

Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 2017/2018

Serdang, 6 September - Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu yang telah mendaftar di Universiti Putra Malaysia pada hari Rabu yang lepas. Proses pendaftaran bagi sesi 2017/2018 telah diadakan di 5 zon yang telah ditetapkan dan proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar baharu mula mendaftar seawal jam 8:30 pagi. Mereka diiringi ibu bapa serta ahli keluarga yang sama-sama berkongsi kegembiraan kerana ahli keluarga mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di UPM.

Proses pendaftaran menjadi lebih mudah kerana pelajar-pelajar telah memasukkan maklumat yang berkaitan ke dalam sistem e-daftar terlebih dahulu. Di zon pendaftaran, mereka hanya akan menerima kad matrik, kad Meal Plan, mengesahkan kehadiran di kolej kediaman serta mendapatkan kunci bilik dan juga pakej universiti.

Kolej Empat belas telah menerima seramai 44 orang pelajar lelaki dan 107 orang pelajar wanita. Mereka adalah terdiri daripada pelajar daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Fakulti Pertanian.

Pendaftaran ini juga dibantu oleh fasilitator universiti serta Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Empat Belas. 

Semoga pelajar-pelajar ini dapat menyesuaikan diri semasa berada di alam universiti serta memastikan mendapat keputusan yang cemerlang serta mencapai objektif pembelajaran di samping sahsiah diri yang jitu serta dapat menjadi insan yang berguna.

Date of Input: 13/09/2017 | Updated: 13/09/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEaUAu~