Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bagi Staf Kolej-kolej Kediaman UPM | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi staf kolej-kolej kediaman UPM

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi staf kolej-kolej kediaman UPM

Kolej Pendeta Za'ba, Serdang, 11 Julai - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi staf kolej-kolej kediaman UPM telah diadakan dengan begitu meriah dan berwarna-warni pada 11 Julai 2017 (Selasa) bersamaan 17 Syawal 1438 Hijrah. Majlis yang telah diadakan di Dewan Utama Kolej Pendeta Za'ba pada jam 11 pagi, dihadiri oleh semua staf dan felo kolej kediaman UPM serta jemputan-jemputan khas seperti mantan Pengetua, mantan Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA, AJK tertinggi KEPERTAMA serta tetamu VIP, TNC Akademik & Antarabangsa.

Antara menu yang dihidangkan adalah sate, nasi beriani, lemang, rendang, ketupat, kuih muih dan cendol serta menu istimewa kambing golek. Majlis yang telah diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan staf kolej-kolej kediaman serta dapat beramah mesra antara satu sama lain. Terdapat persembahan oleh beberapa orang felo dan staf bagi memeriahkan lagi majlis ini.

         

Diharapkan sambutan ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Date of Input: 30/08/2017 | Updated: 09/10/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEUSA7~