MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM K14: LEAVE NO TALENT UNTAPPED | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM K14: LEAVE NO TALENT UNTAPPED

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM K14: LEAVE NO TALENT UNTAPPED

 

SERDANG, 26 Mei – Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas telah berjaya menganjurkan majlis penutupan program K14: LEAVE NO TALENT UNTAPPED (K14:LNTU) yang berlangsung secara atas talian melalui platform Zoom Meeting dan Youtube Live. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Empat Belas UPM iaitu Dr. Mohd Firdaus bin Ismail.

Program K14: LEAVE NO TALENT UNTAPPED ini telah dianjurkan selama lebih kurangdua bulan iaitu bermula 22 Mac 2022 sehingga 26 Mei 2022. Program ini dipimpin oleh Cik Siti Nur Diyanah binti Izman Muhamady sebagai pengarah dan berada dibawah pantauan Penolong Felo Kolej Empat Belas, Encik Mohd Hakeem bin Mohd Ibrahim.

 

Sesi Penjurian K14’s On Air Bersama Encik Khairul Anuar

 

Perasmian Majlis Penutupan oleh Dr. Mohd Firdaus bin Ismail

Program ini terbahagi kepada dua siri iaitu K14’s Player vs Player dan Spotlight Fight yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan kreativiti yang terpendam dalam diri kolegiat Kolej Empat Belas dan juga mahasiswa UPM dalam bidang sukan, komunikasi serta hiburan. Siri K14’s Player vs Player memfokuskan kepada bidang sukan atas talian iaitu permainan catur melalui medium LiChess, perlawanan Valorant dan juga Mobile Legends. Selain itu, Spotlight Fight pula memfokuskan kepada bidang komunikasi dan hiburan. Terdapat tiga subprogram dibawah Spotlight Fight iaitu K14’s On Air, 14Muslim Dai’ Corner dan Inderaloka Budaya. Tambahan pula, pertandingan-pertandingan yang berada dibawah siri Spotlight Fight telah diadili oleh juri-juri yang terkenal, sangat berpengalaman dan profesional dalam bidang masing-masing.

Pertandingan Chess Tournament melalui medium LiChess

 

Pertandingan Valorant

Seramai tujuh orang juri telah dijemput bagi mengadili pertandingan-pertandingan tersebut iaitu Encik Khairul Anuar Azmi (K14’s On Air), Dai’ Adibah (14Muslim Dai’ Corner), Dai’ Azrin (14Muslim Dai’ Corner), Cik Ramsuakmar (Inderaloka Budaya), Encik Fadly Malek (Inderaloka Budaya), Encik Haikal Shariff (Inderaloka Budaya) serta Dr. Abdul Hadi (Inderaloka Budaya). Program ini juga telah berjaya menerima penyertaan seramai 694 orang peserta secara keseluruhan dan mendapat maklumbalas yang amat positif daripada peserta. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga adalah secara atas talian sepenuhnya melalui medium maya seperti aplikasi Instagram, TikTok, Google Form, Youtube Live dan juga Zoom Meeting. Ringkasnya, program ini dilihat telah berjaya memberikan impak yang besar kepada pelajar supaya tampil lebih yakin di khalayak ramai dan memperbaiki kemahiran sosial mereka.

 

Sesi Penjurian 14Muslim Dai’ Corner Bersama Dai’ Azrin dan Dai’ Adibah

Date of Input: 14/07/2022 | Updated: 14/07/2022 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcKAw~