SERDANG, 26 SEPT – Pelajar Fakulti Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Faiz bin Manab telah dipilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Empat Belas Sesi 2019/2020.
Muhammad Faiz telah menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Mantan Presiden Kolej Empat Belas, Saudara Tajul Affzan Bin Roslan dan Mantan Presiden Kolej Enam Belas, Saudara Muhammad Fetri Bin Sekof., pada Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan MPK Sesi 2019/2020 di Dewan Putra 2, UPM, di sini. Turut hadir Pengetua Kolej Empt Belas, Prof Madya Dr. Khairulmazmi bin Ahmad
Prof Madya Dr. Khairulmazmi dalam ucapannya menyeru agar setiap ahli MPK memainkan peranan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan amanah dan jujur.
“Selain itu, saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua MPK Kolej 14 pada sesi kali ini berganding bahu bersama-sama dengan barisan felo bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara seiring dengan visi dan misi kolej kita”, katanya.
Seramai 37 pelajar ahli MPK Sesi 2018/2019 telah melafazkan ikrar pada majlis itu.
Majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan daripada pelajar Malam Tunas Budaya dan ahli kolegiat kolej empat belas. Antara persembahannya termasuklah menari,menyanyi dan bermain alat muzik tradisional.
Majlis telah berjalan dengan lancar dan teratur pada hari tersebut dan diharapkan pihak MPK dapat melaksanakan amanah ini dengan baik bagi menaikkan lagi prestasi Kolej Empat Belas pada masa hadapan.
Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se